Sari Budaya & Bahasa Suku Semai

RM62.00
9789673448050
1 item(s)
+

Sari Budaya & Bahasa Suku Semai

Author: Alang Sabak, Mohd Sharifudin Yusop
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789673448050
Page: 320 m/s
Year: 2018
Price: RM62

Bahasa Semai telah lama dijadikan lingua franca dalam kalangan seluruh masyarakat orang Asli tanpa mengira suku keturunan rnereka. Usaha menjadikan bahasa Semai sebagai bahasa akademik telah dimulakan semenjak tahun 1990-an lagi. Mulai 2014, buat pertama kalinya buku teks bahasa Semai diterbitkan untuk kegunaan rasmi dalam kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini adalah sebagai komplementari kepada buku teks bahasa Semai yang telah dan sedang diterbitkan, khususnya sebagai rujukan guru yang mengajarkan bahasa Semai, ibu bapa dan anak-anak keturunan Semai yang mengikuti pembelajaran bahasa Semai di sekolah terpilih. Usaha ini adalah yang julung kalinya dilaksanakan untuk mengangkat bahasa Semai ke taraf baku dan akademik. Semoga dengan pendokumentasian aspek sosiolinguistik bahasa Semai ini, masyarakat Semai khususnya dan masyarakat lain yang berminat mengetahui tentang bahasa dan suku ini akan mendapat manfaat yang seluas-luasnya.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI