Satu Kajian Eskatologi: Peristiwa Diramal Berlaku Di Antara 2023 dan 2032 Berdasarkan Sumber Islamik

RM15.00
9789830653808
Out of stock

Satu Kajian Eskatologi: Peristiwa Diramal Berlaku Di Antara 2023 dan 2032 Berdasarkan Sumber Islamik

Author: Mahadzir Ahmad
Publisher:  A. S. Noordeen
ISBN: 9789830653808
Weight: 0.093
Pages: 68pp
Year: 2023
Price: RM

Buku ini adalah satu usaha untuk memahami ramalan bahawal Israel akan berakhir pada 2022.

Sheikh Bassam Jarrar mengisytiharkan ramalan itu dalam bukunya pada tahun 1995. Selama 28 tahun yang lalu, sangat sedikit orang yang memberi perhatian kepada kajiannya. Kita kini berada di tahun 2023 dan Israel sebagai sebuah negara tidak berakhir. Jadi, kenapa sekarang umat Islam perlu berminat dengan kajian beliau?

Paling utama, ramalan yakni nubuat itu berdasarkan Qur'an dan fakta sejarah. la BUKAN khayalan Sheikh Bassam. Ijtihad beliau untuk sampai kepada tafsiran matematik Surah 17 Qur'an, iaitu Surah al-Isra' atau nama lainnya Surah Bani Israel begitu mendalam sehinggakan tiada ulama lain-kini dan masa lampau- telah membincangkan tafsiran itu dalam buku mereka.

Berdasarkan sumber Hadith, buku ini juga membentangkan peristiwa Akhir Zaman secara kronologi dan tarikh jangkaannya di antara 2023 dan 2032.

Jika kita mengambil permulaan Malhama pada tahun 2022 dengan perang Ukraine, maka, itu bermakna Fath Qustantiniya akan berlaku pada tahun 2028. 3 tahun kebuluran akan bermula pada tahun 2026. Dajjal akan keluar pada tahun 2029. Dan Nabi Isa alaihi salam akan kembali untuk membunuh Dajjal menjelang 2032! Tarikh-tarikh ini tidak dipetik secara rambang tetapi berlandaskan Qur'an dan Hadith. Sila baca buku kecil ini dan menilai sendiri bukti yang dibentang.

Semoga buku kecil ini dapat membimbing pembaca kepada takdir masing-masing, insyallah. Tiada daya kecuali dengan Allah! Tolong bantu sebarkan. Yang benar, Mahadzir.


Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI