Sejarah Adat Perpatih Seri Menanti

RM70.00
9789672518761
1 item(s)
+

Author: Mohd Rosli Saludin & Ahmad Bazri Mokhtar
Publisher: Penerbit UKM
ISBN: 9789672518761
Weight: 0.847
Pages: 590pp
Year: 2022
Price: RM70

Buku ini adalah hasil dari penyelidikan penulis di bawah kod projek II-2021-001 dan projek II-2020-013. Setiap yang diungkapkan dalam buku ini benar-benar berlaku dalam masyarakat adat dan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami serta berkisar dengan apa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat itu sendiri. Masyarakat sebenarnya mahukan bahan tulisan yang ada di lapangan dan buku ini telah berjaya menyajikannya untuk difahami dan dibudayakan dalam masyarakat Adat Perpatih itu sendiri. Kerja keras penulis berjaya menyiapkan buku ini untuk sampai ke tangan pembaca. Akhirnya kita telah mempunyai sebuah buku mengenai Sejarah Adat Seri Menanti untuk dijadikan renungan dan asas dalam menjalankan Adat Perpatih. Lahirnya buku ini dalam kalangan masyarakat boleh mewujudkan wacana perbahasan buku yang melibatkan pengkaji supaya ilmunya boleh berkembang sebaik mungkin dalam kalangan masyarakat. Buku ini juga boleh digunakan oleh pelajar sekolah dan juga pelajar pusat pengajian tinggi yang mahu mendalami bidang Adat Perpatih. Isi buku ini boleh diperbahaskan secara sihat supaya boleh membawa kebaikan kepada masyarakat pengamal Adat Perpatih. Berlainan pandangan bukan bermakna ada masalah di situ tetapi kita mahu meraikan perkembangan ilmu dan mewujudkan perbahasan sihat dan memperkembangkan lagi penyelidikan yang lebih mendalam lagi. Sesungguhnya dengan kelahiran buku ini boleh menyemarakkan lagi perkembangan ilmu Adat Perpatih secara sihat.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI