Sejarah Falsafah (Edisi Kedua)
Author: Ahmad Sunawari Long
Publisher: Penerbit UKM
ISBN: 9789679428698
Year: 2016
Pages: 262 pp
Falsafah adalah gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein dan Sophos yang bermaksud menyintai dan hikmah. Menurut Plato falsafah adalah kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantic. Aristotle pula mendefinisikan falsafah sebagai kajian mengenai hakikat zat sesuatu dan penyebab utama. Pengertian falsafah yang dikaitkan oleh Aristotle dengan setiap bidang kehidupan menunjukkan bahawa falsafah adalah sesuatu ilmu yang cuba memahami hakikat ketuhanan (metafizik), struktur dunia fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam. Manakala al-Kindi, seorang falsafah Islam mendefinasikan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai hakikat sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk menanggapinya. Dalam al-Quran juga membicarakan persoalan ketuhanan, roh, hubungan antara kedua-duanya, baik dan buruk, kebebasan memilih dan kehidupan selepas mati. Falsafah mempunyai bidang kajian yang begitu luas serta mencakupi keseluruhan bidang kehidupan manusia. Maksud sebenar hikmah yang diketengahkan dalam falsafah lebih terserlah kerana ia sebenarnya merangkumi beberapa komponen atau subjek utama, iaitu masalah, sikap, metodologi, aktiviti, kesimpulan dan kesan falsafah.
---------
Ahmad Sunawari Long, M.Phil, PhD, adalah Profesor Madya di Jabatan
Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia.