Sejarah Masyarakat Cham

RM50.00
9789674183677
5 item(s)
+

Sejarah Masyarakat Cham

Authors : Muhammad Zain Musa & Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Publisher: IIUM Press
ISBN: 9789674183677
Weight:
Pages: 154pp
Year: 2017
Price: RM50

Kerajaan Champa meninggalkan warisan dalam pelbagai bentuk. Cindai dan bangunan bersejarah masih dijumpai disepanjang bahagian tengah Vietnam. Sejumlah besar inspirasi didapati di bangunan bersejarah ini. Selain daripada itu, manuskrip dalam bahasa Cham juga menjadi sebahagian warisan peradaban bangsa yang masih ada dalam simpanan orang perseorangan dan juga di beberapa perpustakaan di Perancis, Amerika dan Malaysia. Bangsa Cham masih wujud hingga kehari ini dan tersebar di seluruh dunia. Masyarakat Cham yang paling ramai tinggal di Kemboja dan sejumlah lagi masih mendiami wilayah nenek moyang mereka di Vietnam. Masyarakat Cham juga terdapat di Malaysia. Ramai daripada mereka berhijraj ke Malaysia setelah Indo China dikuasai oleh pemerintah komunis pada tahun 1975. Buku ini membincangkan tentang bangsa Champa khususnya yang masih kekal hingga kini. Dari bumi neneg moyang mereka ada yang berhijrah, kerana sebab-sebab yang tertentu ke daerah lain di Asia tenggara hingga ketempat lebih jauh seperti Amerika Syarikat dan juga Eropah.

Muhammad Zain Musa, PhD seorang sejarawan yang mengkhusus dalam sejarah Indo China dan Asia Tenggara dengan tumpuan terhadap masyarakat Islam. Antara buku yang pernah beliau terbitkan ialah masyarakat Cham Sepanjang Zaman terbitan Ikatan Ahli-ahli Arkeologi Malaysia

Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman merupakan felo penyelidik utama dan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang penyelidikan utama beliau adalah arkeologi dan budaya melayu pra Islam dan tamadun. Beliau juga turut terlibat dalam penghasilan buku masyarakat Cham Sepanjang Zaman terbitan Ahli-Ahli Arkeologi Malaysia.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI