Sejarah Nasional Malaysia: Pengisian Kemerdekaan 1957-1970
Author: Mohd Samsudin | Mohd Ashraf Ibrahim
Publisher: DBP
ISBN: 9789834929428
Weight: 0.58kg
Pages: 413pp
Year: 2021
Price: RM40
Tempoh pengisian kemerdekaan dari tahun 1957 hingga tahun 1970 ialah tempoh waktu yang amat penting dalam lipatan sejarah negara. Dalam tempoh waktu ini, kerajaan mempelajari dan mencari pengalaman yang boleh digunakan untuk membina sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan pelbagai latar belakang sosiobudaya. Pengalaman pahit digunakan oleh kerajaan untuk membina semula sebuah negara bangsa dengan ciri-ciri yang dikongsi seperti menghormati, bertolak ansur dan peka dengan kaum lain. Ciri ini penting sebagai resipi utama ke arah pembinaan sebuah negara maju dan makmur. Kemajuan dan kejayaan pembangunan negara Malaysia yang ada pada hari ini ialah hasil daripada sejarah dan pengalaman yang dilalui dalam tempoh waktu pengisian kemerdekaan. Oleh itu, tidak salah dikatakan bahawa negara yang dibina pada hari ini meliputi sumbangan sejarah dan pengalaman tempoh waktu pengisian kemerdekaan.