Sejarah Pemikiran Pandang ke Timur: Kepentingan Jepun dalam Pembangunan Sosioekonomi Malaysia (1906-1980)

RM45.00
9789674124243
4 item(s)
+

Sejarah Pemikiran Pandang ke Timur: Kepentingan Jepun dalam Pembangunan Sosioekonomi Malaysia (1906-1980)

Author: Uqbah Iqbal

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674124243

Year: 2017

Pages: 390 pp

Price: RM45

Semasa pemerintahan British di Tanah Melayu, kepentingan negara ini adalah dalam bentuk sumber semulajadi seperti getah dan bijih timah, kedudukannya yang strategik di rantau ini dan juga bekalan buruh yang murah untuk kepentingan industri utama. Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia memilih untuk mempelbagaikan ekonominya, dan sejak itu mencapai kedudukan global dalam sector petrokimia, teknologi dan perkilangan. Sejak 1967, Jepun telah menggantikan Singapura sebagai pembeli utama produk Malaysia. Kepentingan Jepun terhadap pembangunan ekonomi Malaysia diterjemahkan melalui Dasar Pandang Ke Timur pada 1982, hasil pemikiran Pandang ke Timur yang telah lama wujud sebelumnya. Pada 2012, Jepun kekal sebagai antara rakan dagang Malaysia terbesar di Asia Timur iaitu yang kedua selepas China dan ketiga di dunia dengan jumlah perdagangan bernilai RM145.32 bilion. Antara 1980-2012, Jepun adalah pelabur asing terbesar di Malaysia dengan nilai pelaburan mencecah RM68.2 bilion yang mewujudkan lebih 300,000 peluang pekerjaan. Memandangkan status Malaysia sebagai bekas koloni British, bagaimanapun Jepun Berjaya menjadi antara rakan ekonomi terpenting dan pelabur asing terbesar di Malaysia pada masa kini. Penulisan ini bertujuan menambahkan koleksi pembacaan mengenai hubungan Malaysia-Jepun. Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang berminat mendalami hubungan Malaysia-Jepun, Asia Timur dan mereka yang terlibat dalam usaha hubungan ekonomi dengan Jepun, pelajar universiti pelbagai aliran dan kepada golongan pembaca umum dalam masyarakat.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI