Sejarah Perebutan Kepulauan Spratly Dari Perspektif Negara-negara yang Bertikai

RM35.00
9789672519973
2 item(s)
+

Sejarah Perebutan Kepulauan Spratly Dari Perspektif Negara-negara yang Bertikai

Editor: Muhammad Nasir dan Wan Siti Adibah Wan Dahalan 
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672519973
Weight: 
Pages: 192pp
Year: 2022
Price: RM35

Buku ini adalah hasil penyelidikan undang-undang dengan melihat perspektif negara-negara yang bertikai di Kepulauan Spratly yang berasaskan Undang-undang Laut Antarabangsa 1982 (KUULA). Buku ini diterbitkan bertujuan untuk menambah ilmu dalam undang-undang laut antarabangsa khusus dan undang-undang antarabangsa amnya. Pertikaian tuntutan kedaulatan di Kepulauan Spratly telah menjadi permasalahan utama di kawasan Asia Tenggara. Selama beberapa dekad Malaysia, China, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei telah terlibat ke atas pertikaian tersebut.

Secara amnya buku ini menjelaskan mengenai sejarah perkembangan pertikaian, menganalisis tuntutan dan kepentingan negara-negara yang terlibat serta keberkesanan ASEAN dalam menyelesaikan pertikaian ini. Kemudian dengan cadangan dan penambahbaikan ke atas penyelesaian pertikaian di Kepulauan Spratly. Setiap negara bertikai terus memperkuat kedaulatan ke atas tuntutan di Kepulauan Spratly sama ada tuntutan tersebut berasaskan sejarah mahupun berasaskan KUULA 1982. Rujukan sejarah tidak sepenuhnya boleh menyelesaikan pertikaian di Kepulauan Spratly. Oleh itu, adalah diperlukan suatu rangka undang-undang termasuk KUULA 1982 untuk menyelesaikan pertikaian ini. Selain itu didapati penafsiran yang berbeza bagi negara yang bertikai mengenai Fasal 121 KUULA 1982, Fasal ini tidak menjelaskan mengenai saiz minimum dan maksimum sesebuah pulau yang akan melakar zon maritimnya. Definisi umum dalam fasal ini boleh menimbulkan perbezaan tafsiran bagi negara- negara yang bertikai. Selain itu, KUULA 1982 telah memperuntukkan secara jelas mengenai pulau semula jadi, pulau batu dan pulau buatan manusia. Namun begitu, ia masih belum jelas di dalam menerangkan peruntukan mengenai hak dan tanggungjawab negara penggabungan antara pulau semula jadi, pulau batu dan pulau buatan manusia.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI