Sejarah Sarawak
Author: Buyong Adil
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834922528
Weight:
Pages: 161
Year: 2022
Price: RM20
Pada tahun 1939, semasa bertugas sebagai guru di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak, Buyong Adil telah menyiapkan karangan beliau kemudiannya diterbitkan dengan nama Sejarah Alam
Melayu Penggal IV dan Sejarah Alam Melayu Penggal V. Kedua-dua buku tersebut menjadi buku teks di sekolah Melayu sebelum merdeka. Bermula dari situlah minat beliau semakin mendalam untuk mengarang.
Setelah meninggalkan dunia perguruan, Buyong Adil menumpukan perhatian sepenuh masa untuk menulis perihal sejarah negeri di Malaysia. Sejarah Sarawak merupakan satu daripada karangannya yang memerihalkan beberapa banyak peristiwa penting yang mempunyai kaitan dengan sejarah negeri tersebut yang berlaku semasa pemerintahan keluarga Brooke pada abad ke-19 dan abad ke-20. Buyong Adil menulis buku ini berdasarkan kajiannya.
Buku lain karangan beliau yang diterbitkan di bawah Siri Sejarah Nusantara ialah Sejarah Perlis, Sejarah Kedah, Sejarah Perak, Sejarah Selangor, Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Johor, Sejarah Pahang, Sejarah Terengganu dan Sejarah Sabah.