​Sejarah Terengganu Menjelang Campur Tangan British 1919

RM35.00
9786294863088
24 item(s)
+

Sejarah Terengganu Menjelang Campur Tangan British 1919

Authors: Izziah Suryani Mat Resad @Arshad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294863088
Weight: gsm
Pages: 164pp
Year: 2024
Price: RM35

Sejarah negeri Terengganu menjadi istimewa berbanding negeri Melayu yang lain kerana menjadi negeri terakhir di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima penjajahan British sepenuhnya setelah termeterai Perjanjian British-Terengganu 1919. 
Negeri Terengganu menjadi berbeza kerana hanya ejen British ditempatkan di Terengganu setelah Perjanjian Bangkok 1909. Dengan itu, pemerintahan Terengganu masih berkesempatan untuk menangguhkan campur tangan British ke atas pemerintahan negeri mereka. 

British tidak menempatkan penasihat British di Terengganu kerana pemerintah Terengganu mengekalkan dasar mereka adalah negeri Merdeka berstatus Malaiyyiyyah Islamiyyah. Terengganu tidak menerima pemerintahan pegawai Siam pada 1902 seperti negeri Kelantan. 

Justeru, pemerintahan di rundingan Terengganu mendapati hanya sedikit ruang sejarah termaktub untuk mencadangkan ‘persediaan’ mendatang sebelum rancangan penjajahan British. Buku ini digarap untuk menjelaskan tentang latar belakang pemerintahan dan penduduk Terengganu semasa Siam dan British mengancam kedaulatan negeri tersebut. 
Pemerintahan Terengganu dapat memberi peluang dan menyediakan ruang dan kesempatan pada penduduk dengan memperkuatkan institusi sosial yang baik dan menjalani aktiviti ekonomi yang mantap. 

Buku ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan mendalam kepada generasi masa kini untuk melihat para pemangku serta peranan para ulama menangani ancaman Siam dan British yang mahu menguasai negeri tersebut. 

Ia juga berhasrat untuk mengupas tentang pelaksanaan hukum Islam di Terengganu dan amalan zakat serta waqaf sebagai manifestasi kepatuhan penduduk Terengganu kepada ajaran Islam dan kemurahan hati mereka untuk sentiasa membantu golongan yang berkeperluan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI