Selamat Tinggal, Kucing

RM35.00
9789670040950
2 item(s)
+

Selamat Tinggal, Kucing

Author: Hiro Arikawa
Translator: Iffah Syuqaira
Publisher: Biblio
ISBN: 9789670040950
Weight: 236 gsm
Pages: 244 m/s
Year: 2025
Price: RM35

Seekor anak kucing yang diselamatkan dari tong sampah, menjadi "guru" kepada seorang lelaki tentang bagaimana menjaga anak pertamanya.

Seekor kucing tua daripada kawanan kucing liar di sebuah pulau percutian mengajar seorang budak lelaki agar tidak melawan takdir dan menghargai kasih ibu ayah.

Satu keluarga bingung dengan kesetiaan luar biasa kucing mereka, yang comel tetapi ganas, kepada sang ayah yang berkaliber tetapi tidak pandai mempamer belas.

Seorang perempuan mencatat anekdot pendek sumpah seranahnya pada kucing peliharaan yang sentiasa mengganggu tidur malamnya.

Seekor kucing tua menyusun perancangan untuk hidup abadi sebagai nekomata atau semangat kucing agar dapat bersama-sama tuan kesayangannya selama-lamanya.

Selamat Tinggal Kucing menyelami tema kitaran kehidupan yang tidak boleh dihalang. Baik perpisahan mahupun pertemuan, setiap satu aturan takdir tambah manis dirai apabila hadirnya kucing yang kesetiaan dan kasih sayangnya tidak pernah mengecewakan. Sarat empati, cinta, air mata dan tawa, novel bestseller Jepun ini naskhah wajib baca semua orang khususnya peminat sang bulus.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI