Semesta Terakhir Untuk Kita

RM32.00
9786297665283
1 item(s)
+

Semesta Terakhir Untuk Kita

Author: Ainulfarihah
Publisher: Iman Publication
ISBN: 9786297665283
Page: 450 m/s
Year: 2024
Price: RM32

"Tali raket aku putus, Kil," laung Jett. Perlawanan masih berterusan. "Takpe aku cover! Kau ambil raket baru!"

***

Akil dan Jett-asalnya seteru dalam dunia badminton. Namun demi memenangi Piala Cakerawala, mereka sanggup ketepikan ego masing-masing demi membentuk pasukan beregu.

Tanpa disangka, mereka menjadi pasukan terhebat di Kolej Angkasa. Sejak itu, mereka semakin rapat. Hanya dengan Jett, Akil boleh jadi diri sendiri. Bagi Jett pula, Akil ialah sahabatnya yang paling terpercaya.

Namun apabila Akil syak mereka menyukai orang yang sama, semesta mereka bergolak.

Keadaan semakin tegang apabila Jett enggan berterus terang. Alasannya, dia tak mahu persahabatan mereka terjejas. Ini Piala Cakerawala yang terakhir dan mereka perlu menang.

Terkilan, Akil mula ponteng latihan. "Jett, kau cuma kisah tentang Piala Cakerawala kau je kan?"

***

Ketika bahang Piala Cakerawala semakin terasa, sengketa Akil-Jett juga semakin membara.

Mampukah mereka menjulang pingat emas seperti yang dijanjikan? Atau mungkin sebenarnya, ada sesuatu yang lebih penting untuk diselamatkan?

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI