Seni Bina & Alam Bina: Dimensi Keinsafan dan Kerohanian

RM48.00
9786294864559
3 item(s)
+

Seni Bina & Alam Bina: Dimensi Keinsafan dan Kerohanian

Authors: Nor Haslina Ja'afar, Nik Luqman Nik Ibrahim dan Maslina Jamil
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864559
Tahun: 2025
Weight: 292 gsm 
Pages:  194 ms
Price: RM48

Buku ini mengumpulkan topik-topik yang menjadi perbincangan semasa di kalangan para akademik dan penyelidik di dalam bidang seni bina dan alam bina. Topik-topik yang dikumpulkan berkisar tentang aspek-aspek kemampanan, warisan, budaya dan nilai-nilai kemanusiaan yang sering kali menjadi isu di dalam seni bina dan juga alam bina sama ada di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Bab-bab di dalam buku ini mengupas isu-isu di dalam hal-hal tersebut serta cuba memahami faktor-faktor penyebab dan mencari penyelesaian di dalam kerangka yang telah ditetapkan. Walaupun buku ini mempunyai skop yang terhad, ia cuba membuka perbincangan yang lebih meluas di dalam bidang seni bina dan alam bina. Akhir sekali, para penyunting dan penulis berharap buku ini dapat menyumbang pengetahuan bermakna secara kolektif di dalam bidang seni bina dan alam bina.

NOR HASLINA JA'AFAR (PhD) merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah Senibina dan Rekabentuk Bandar, Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2014. Beliau juga telah mengikuti program Pasca Kedoktoran di Cambridge University, United Kingdom serta berpengalaman dalam bidang penyelidikan dan penulisan ilmiah melebihi 10 tahun. Beliau telah dianugerahkan geran antarabangsa Sumitomo dalam rekabentuk bandar pada tahun 2024. NIK LUKMAN NIK IBRAHIM (PhD) merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah Senibina, The University of Sydney, New South Wales, Australia pada tahun 2009. Beliau merupakan ketua Pusat Senibina dan Alam Bina Inovatif di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM semenjak tahun 2023 dan telah menghasilkan beberapa buku akademik berkenaan teori, sejarah dan sains persekitaran seni bina. MASLINA JAMIL (PhD) merupakan pemegang lIjazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010. Beliau merupakan Profesor Madya di Jabatan Senibina dan Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM dan telah banyak menghasilkan penerbitan berimpak tinggi berkenaan binaan konkrit berteknologi tinggi dan berinovasi.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI