Seni Dalam Islam
Author: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Publisher: JAKIM
ISBN: 9789830421162
Weight:
Pages: 116pp
Year: 1999
Price: RM20
'Seni dalam Islam' menjelaskan tentang perspektif Islam terhadap seni, terutama yang menyentuh bidang nyanyian dan muzik, lukisan dan gambar, seterusnya seni ukiran, lawak jenaka dan sukan. Bagi pengarang, seni adalah satu kebaikan yang boleh digunakan untuk membina atau keburukan yang boleh membinasakan. Sehubungan itu pengarang menekankan bahawa Islam adalah agama yang berdasarkan realiti kehidupan. Lantas, ketika masyarakat Islam berhadapan dengan perkara yang melibatkan kesenian dan hiburan, pengarang meletakkan asas penilaiannya kepada; menjauhi melampau dalam membolehkannya dan tidak pula keterlaluan dalam menegahnya.
Perbincangan tentang perkara ini disokong oleh nas yang sahih, dalil yang jelas serta berdasarkan tujuan syarak dan kaedah fekah yang telah ditetapkan.