Seramik Nano: Revolusi Produk Mikro
Authors: Farhana Mohd Foudzi, Norhamidi Muhamad & Abu bakar Sulong
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513971
Weight: 0.28kg
Pages: 173pp
Year: 2021
Price: RM35
Seramik merupakan bahan yang sinonim dalam pembuatan tembikar, jubin dan pinggan mangkuk. Pada era ini, seramik sudah mula direvolusikan dalam penghasilan produk-produk bersaiz mikro terutamanya aplikasi dalam pergigian, implan, elektronik dan industri pembuatan. Namun, dalam menghasilkan produk mikro, saiz serbuk yang sesuai hendaklah berskala nano. Teknologi pembuatan pada masa kini mampu menghasilkan produk mikro dalam kuantiti yang besar dalam satu-satu masa. Teknologi tersebut dikenali sebagai pengacuan suntikan serbuk mikro (µPIM) dimana terdapat empat fasa yang penting iaitu pencampuran, penyuntikan, penyahikatan dan pensinteran. Buku ini ditulis bertujuan untuk memberi pendedahan tentang keupayaan pemprosesan serbuk seramik bersaiz nano menghasilkan produk mikro dengan menggunakan teknologi µPIM berasaskan bahan pengikat stearin sawit. Hasil dari pendekatan ini, produk mikro berprestasi tinggi berjaya dibangunkan melalui teknologi µPIM. Selain itu, stearin sawit juga memenuhi kriteria sebagai bahan pengikat dan bersesuaian untuk serbuk bersaiz nano.