​Shaykh Abdullah Fahim: Ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan Perjuangan Kebangsaan

RM55.00
9789672422068
1 item(s)
+

Shaykh Abdullah Fahim: Ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan Perjuangan Kebangsaan

Editor: Dr Ayman al-Akiti, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli, Muhammad Amir Ashraf Rosdin

Publisher: Akademi Jawi Malaysia

ISBN: 9789672422068

Weight:

Year: 2020

Page: 350pp

Price : RM55

Karya ini mempersembahkan riwāyat perjuangan dan ke‘ilmuan ‘ālim besar bangsa Melayu, iaitu Shaykh ‘Abdu’Llāh bin Ibrāhīm al-Filfilānī al-Jāwī.Riwāyat beliau ini akan diteliti bermula daripada jasa gurunya, Shaykh Wan Aḥmad al-Faṭānī yang bertanggungjawāb menyalakan perjuangan kebangsaan ‘Ālam Melayu dan pengaruh ṣaḥabat seperguruannya di Makkah, Kiyai Haji Hāshim ‘Ash‘arī yang mengasaskan pertubuhan terbesar Muslim di dunyā, Nahdlatul Ulama di Indonesia. Pelbagai peristiwa bersejarah Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim sebagai Tuan Guru Tanah Melayu dan bagaimana beliau diruju‘ dalam pelbagai keputusan besar tanah air akan ditinjau dengan mendalam. Kerangka pemikiran beliau juga dibentangkan dan dibandingkan dengan prinsip-prinsip yang disepakati oleh ‘ulamā’ Ahli al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.

Istimewanya karya ini menampilkan perūmīan bernota kaki:

• Waṣiyyat Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim kepada bangsa Melayu

• Khuṭbah al-Īqāẓ—Khuṭbah Penyedar dan Penggerak perjuangan kebangsaan, yang Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim karangkan untuk dibaca ke seluruh masjid di Tanah Melayu;

• Gubahan sha‘ir taqārīẓ dan kata pengantar Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim dalam pelbagai kitāb-kitāb ‘ulamā’ sezamānnya

• Risālah Ketetapan Majlis Mudhākarah ‘Ulamā’ Se-Malaya di Kepala Batas berserta taḥqīq dan ta‘līq, sebagai bukti bersejarah kedalaman ‘ilmu ‘ulamā’ Tanah Melayu dalam menyelesaikan 15 mas’alah khilafiyyah untuk menjaga persatuan bangsa Melayu yang mulai tergugat dengan kemasukan fahaman yang bercanggah dengan kesepakatan ‘ulamā’ Ahli al-Sunnah wa al-Jamā‘ah sepanjang zamān.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI