Siri Seni Khat: Kaedah Dan Panduan Khat Farisi
Author: Jainal Sakiban
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN : 9789834924683
Weight: 0.30 kg
Page: 123
Price : RM 35
Orang yang mula-mula menemui tulisan ini ialah Khattat Farisi Mirghali Sultan Al-Tabrizi (1416 M). Tulisan ini disebut juga dengan Khat Ta'liq maknanya bergantung, bergayut atau melekat. Khat jenis ini dikembangkan oleh masyarakat Parsi daripada tulisan arab kuno yang disebut Firamuz. Ibn Nadim dalam bukunya al-fahrasat mengatakan bahasa Firamuz sebagai khat Al-Quran yang daripadanya tulisan Ta'liq dilahirkan. Khat jenis ini berkembang pada penghujung abad ke-15 oleh masyarakat Parsi dan pernah dijadikan tulisan kebangsaan mereka.