​Siri Terjemahan Kitab Turath Matn Al-Kharidah Al-Bahiyyah

RM18.00
9786297636467
2 item(s)
+

Siri Terjemahan Kitab Turath Matn Al-Kharidah Al-Bahiyyah

Author: Abu al-Barakat Ahmad bin Muhammad Ahmad al-Adawi al-Dardir
Translator: Mohamad Aizuddin Abdul Aziz, Muhammad Farid Wajdi Ab. Rahim
Publisher: USIM PRESS
ISBN: 9786297636467
Page: 43 m/s
Year: 2024
Price: RM18

Penulisan ringkas sebanyak 70 lebih bait ini membicarakan berkenaan akidah Ahli Sunah Waljamaah yang mencakupi perbahasan ilāhiyyāt, nubuwwāt dan sam‘iyyāt. Perbincangan berkenaan ilāhiyyāt di dalam karya ini merangkumi 13 sifat wajib bagi Allah Taala dan pengarang turut menyentuh beberapa permasalahan seperti ta‘alluq dan ru’yah.

Pada bahagian akhir matan, penulis telah menutup perbincangan kitab ini dengan membincangkan ilmu tasawuf. Beliau menyarankan kepada pembaca untuk berzikir, menanam sifat harap dan takut, selalu bertaubat dan bersyukur. Adapun gaya penulisan matan ini, Imam al-Dardīr (w. 1201H) telah menggunakan gaya penulisan nazam mengikut baḥr al-rajz, iaitu mustaf‘ilun mustaf‘ilun mustaf‘ilun.

Keunggulan matan ini telah mendorong para ulama terkemudian untuk menghurai dan mensyarahkan matan ini dalam pelbagai huraian. Bahkan pengarang sendiri turut mensyarahkan matan ini dalam sebuah kitab yang berasingan.

Antara kitab lain yang mensyarahkannya adalah Ḥāsyiat al-Ṣāwī, Ḥāsyiat Syeikh al-Sibā‘ī dan Ḥāsyiat Syeikh Bakhīt Muṭi‘ī. Huraian ringkas dan panjang daripada sarjana kontemporari turut dihasilkan oleh Syeikh Sa‘īd Foudah dalam bentuk tahdhīb dan juga ḥāsy.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI