Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat

RM25.00
9786299953388
1 item(s)
+

Kerancuan Falsafah Barat

Writer: Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (Pemikir)
Publisher: Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (Pemikir)
ISBN: 9786299953388
Weight: 0.176kg
Pages: 69pages
Year: 2024
Price: RM25

Falsafah Barat berkembang sebagai tradisi pemikiran panjang sejak dahulu hingga zaman moden, menyaksikan kemunculan tokoh-tokoh besar seperti Socrates, Plato, Aristotle, Locke, Descartes, dan Comte. Meskipun dikenali sebagai gerakan pemikiran yang berasaskan rasional dan saintifik, kajian menunjukkan wujudnya kerancuan dalam asas falsafah Barat, terutamanya kerana penolakan terhadap wahyu sebagai sumber ilmu. Istilah kerancuan diambil daripada karya Imam al-Ghazālī, Tahafut al-Falāsifah, merujuk kepada kelemahan asas serta kecelaruan dalam pendekatan falsafah ini. Unsur-unsur seperti penolakan wahyu, pengaruh mistik, dan dominasi nafsu menyumbang kepada ketempangan epistemologi yang menyebabkan ilmu yang dihasilkan tidak komprehensif.

Kerancuan ini membawa kesan signifikan terhadap pembentukan ilmu dalam tradisi falsafah Barat, di mana pengetahuan yang dihasilkan bersifat terhad dan tidak holistik. Walaupun tradisi ini berjaya melahirkan pelbagai cabang ilmu, penafian terhadap wahyu sebagai sumber ilmiah menyebabkan wujudnya jurang besar dalam memahami hakikat ilmu secara menyeluruh. Oleh itu, memahami titik-titik kerancuan falsafah Barat ini amat penting bagi sarjana, pemikir, dan pengkaji kontemporari agar mereka mampu mendekati ilmu Barat secara kritis mengambil manfaat daripada elemen-elemen sahih dan menolak unsur-unsur yang bercanggah dengan prinsip ilmu bersepadu.


Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI