Sistem Maklumat Geografi Dalam Kajian Demam Denggi Di Malaysia
Author/Editor: Aziz Shafie, Ruslan Rainis, Abu Hassan Ahmad
Publisher: UM Press
ISBN: 9789831008249
Weight: 200
Pages: 164
Year: 2015
Price: RM48
Sistem Maklumat Geografi dalam Kajian Demam Denggi di Malaysia memberikan penerangan tentang penyakit denggi sebagai salah satu masalah kesihatan global yang terus mendatangkan ancaman kepada penduduk dunia. Buku ini juga menerangkan bagaimana Sistem Maklumat Geografi (GIS) dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit denggi.
Antara kandungan utama buku ini ialah huraian tentang kejadian kes denggi serta kaedah pencegahan dan pengawalan penyakit ini, serta huraian terperinci mengenai penggunaan GIS bagi tujuan membentuk model ruangan untuk meramalkan risiko kejadian kes penyakit denggi.
Buku ini amat sesuai dibaca oleh pelbagai golongan, daripada pegawai perubatan, pegawai kesihatan awam, penyelidik, para penuntut universiti termasuklah orang awam khususnya yang berminat dalam aspek GIS dan aplikasinya.