​Sistem Tadbir Urus Syariah Perbankan Islam di Malaysia: Falsafah, Struktur dan Isu Perundangan

RM35.00
9789674126858
5 item(s)
+

Sistem Tadbir Urus Syariah Perbankan Islam di Malaysia: Falsafah, Struktur dan Isu Perundangan

Author: Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif & Ruzian Markom

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674126858

Pages: 184pp

Year: 2018

Price: RM35

Kejayaan pematuhan sistem perbankan Islam terhadap hukum syarak dalam setiap perkhidmatan dan operasi perbankan adalah bergantung kepada keberkesanan sistem tadbir urus syariah yang dilaksanakan. Pematuhan kepada prinsip Islam secara menyeluruh dalam etika dan operasi kewangan akan mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat dan para pelabur terhadap kradibiliti sistem perbankan Islam. Jesteru, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia telah dipertanggungjawabkan sebagai badan tuggal dan tertinggi di dalam struktur tadbir urus syariah untuk membuat pemastian hukum syarak dalam isu syariah berkaitan dengan perbankan Islam. Ianya merupakan komponen utama yang penting dalam menyelaraskan pemakaian hukum syarak istitusi perbankan Islam. Buku ini menjelaskan falsafah tadbir urus syariah bagi melihat hubung kait Islam sebagai agama yang berteraskan wahyu, dengan fiqh muamalat secara umum dan sistem perbankan Islam secra khusus. Buku ini juga mengandungi perbincangan menyeluruh hubungan dengan struktur pelaksanaan sistem tadbir urus syariah dalam memainkan peranannya untuk memastikan kelestarian hukum syarak dapat diimplimentasikan pada industri perbankan Islam di Malaysia. Di samping itu, buku ini turut merangkumi analisis isu serta cadangan makanisme perundangan yang boleh dilaksanakan bagi menambah baik sistem tadbir urus syariah yang sedia ada.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI