Sosiolisasi Zakat dalam Masyarakat Moden

RM37.00
9789670079240
5 item(s)
+

Sosiolisasi Zakat dalam Masyarakat Moden

Author: Dr Wan Mohd Faizee Wan Ab Rahaman

Publisher: Kawandanet

ISBN: 9789670079240

Pages: 261

Weight: 0.3 kg

Year: 2025 

Price: RM37

Zakat adalah katalis kepada sistem keadilan sosial dalam Islam. Untuk itu, zakat perlu difahami bukan hanya sekadar hukum tetapi sebuah sistem yang mengatur masyarakat manusia dalam konteks moden.

Buku ini membawa pembaca menyelami konsep zakat dari asas pensyariatannya sehinggalah kepada cabaran semasa dalam era digital. Menggabungkan dimensi sejarah, perundangan, agihan, pendidikan dan sosial, buku ini mengajak pembaca memahami zakat sebagai ibadah yang bersifat individu dan juga instrumen kebajikan masyarakat.

Setiap bab disusun dengan rapi, bermula dengan pengenalan terhadap konsep zakat dan kaitannya dengan maqasid syariah, diikuti prinsip-prinsip perundangan, kategori penerima serta mekanisme agihan. Turut dibincangkan ialah peranan zakat dalam membina perpaduan ummah, fatwa-fatwa kontemporari, serta masa depan zakat yang lebih inklusif dan menyeluruh. Bahagian akhir telah menyediakan panduan praktikal untuk pembayar zakat serta kisah-kisah inspirasi daripada asnaf yang bangkit hingga berjaya menjadi penyumbang.

Buku ini amat sesuai untuk pelajar, pendidik, pentadbir zakat, dan semua yang ingin memahami bagaimana zakat boleh berperanan secara lebih signifikan dalam kehidupan masyarakat Islam hari ini.

Buku ini untuk anda!


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI