Spektrum Dakwah

RM40.00
9789672518839
2 item(s)
+

Spektrum Dakwah

Editor: Abdul Ghafar Don, Anuar Puteh & Ahmad Irdha Mokhtar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672518839
Weight:0.377
Pages: 247pp
Year: 2022
Price: RM40.00

Ruang lingkup dakwah menjangkaui spektrum kehidupan yang luas dan meliputi pelbagai dimensi hidup manusia. Tujuan dakwah ialah melakukan perubahan le arah yang lebih baik dan memberi nilai kepada kehidupan manusia melalui spektrum yang luas tersebut. Buku ini berjudul PSektrum Dakwah adalah kompilasi dan kolaborasi hasil penyelidikan para akademia bidang dakwah dan pelajar pascasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini mengenengahkan empat tema utama yang dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu skop dan isu dalam dakwah, kepelbagaian pendekatan dakwah, cabaran dakwah dan  transformasi dan model dakwah. Kombinasi pelbagai kepakaran dalam disiplin ilmu dakwah seperti pengurusan, komunikasi, psikologi dan gerakan dakwah telah memberi sinergi dan nilai tambah kepada buku ini. Gagasan idea berdasarkan dapatan kajian penyelidikan yang dimuatkan dlam buku ini boleh menjadi sumber rujukan yang penting dan berguna kepada pembuat polisi, pihak berkepentingan dalam bidang dakwah seperti Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri, penyelidik dan orang awam. Penghasilan buku ini juga diharapkan dapat memberikan sumbangan bermakna kepada korpus ilmiah bidang pengajian dakwah secara khusus dan bidang pengajian Islam secara amnya di negara ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI