SRJK (Cina) dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan: Dilema dan Kontroversi

RM35.00
983100258X
2 item(s)
+

SRJK (Cina) dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan: Dilema dan Kontroversi

Author: Sia Keng Yek

Publisher: UM Press

ISBN: 983-100-258-X

Pages: 318pp

Weight: 0.494kg

Year: 2005

Price: RM35

Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961 memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menukarkan status SRJK(C) dan SRJK(T) kepada sekolah kebangsaan (SK) sekiranya dirasakan perlu dan sesuai. Peruntukan ini telah menimbulkan kegusaran masyarakat Cina kerana bimbang SRJK(C) akan ditukarkan kepada SK yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar, selaras dengan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sungguhpun peruntukan seksyen itu tidak sekali-kali menyatakan bahawa kerajaan akan menghapuskan SRJK(C) dan SRJK(T) serta kuasa Menteri masih dibekukan, namun keazaman masyarakat Cina untuk mempertahankan kedudukan dan identiti SRJK(C) masih kental. Mentaliti inilah yang sentiasa mendasari perjuangan orang Cina yang dipelopori oleh Dong Jiao Zong dan pertubuhan Cina Malaysia atau lebih dikenali secara kolektif sebagai Hua Tuan. Pendirian ini telah menjadi punca utama kepada segala perselisihan dan konflik di antara komuniti Cina dengan pihak kerajaan berhubung dengan isu bahasa dan pendidikan Cina sepanjang pelaksanaan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Ada kalanya isu bahasa dan pendidikan Cina ini menjadi agak kontroversi dan sensitif sehingga menimbulkan ketegangan antara kaum.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI