Strategi Keselamatan Maritim Indonesia

Contact us for a price
978-967-251-522-7
5 item(s)

Strategi Keselamatan Maritim Indonesia

Author: Buddy Suseto, Zarina Othman, Farizal Mohd Razalli
Publisher: UKM Press
ISBN: 978-967-251-522-7
Weight: 0.4 kg
Pages: 337
Year: 2021
Price: RM50

Buku Strategi Keselamatan Maritim Indonesia adalah mengenai kelangsungan hidup sebuah negara berdaulat, dengan memfokus pada keselamatan persempadan maritim negara. Sempadan perairan bukan sahaja penting bagi negara-negara maritim malah ia juga mustahak bagi negara tanah besar. Indonesia merupakan sebuah negara maritim terbesar di dunia dan memiliki tiga jalur laut antarabangsa yang utama iaitu, Selat Melaka, Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Walaupun begitu, Indonesia tidak mempunyai strategi maritim bagi menjaga kepentingan keselamatan nasionalnya. Kajian terdahulu serta model strategi maritim negara maju menunjukkan bahawa sejarah maritim kepulauan Indonesia telah bermula sejak abad ke-14 ketika zaman kegemilangan kerajaan Majapahit yang meliputi wilayah laut dan kepulauan Nusantara. Dalam konteks Indonesia moden pula, walaupun Indonesia tidak mempunyai strategi maritim, tetapi ianya mempunyai Dasar Polisi Indonesia, yang berfungsi menangani permasalahan dan ancaman tradisional dan juga ancaman bukan tradisional. Namun ianya tidak komprehensif. Buku ini mencadangkan em strategi maritim Indonesia iaitu: strategi ketika aman, strategi masa perang, strategi lingkungan maritim, dan strategi keselamatan pesisir-yang akan melindungi keselamatan maritim Indonesia. Hal ini mengambil kira perubahan politik semasa, kepelbagaian ancaman yang dicetuskan oleh aktor bukan negara, persaingan kuasa besar di rantau dan ancaman dalaman Indonesia. Oleh kerana kurangnya buku mengenai kepentingan maritim, buku ini amat sesuai sekali menjadi rujukan pembuat dasar, tentera laut, sarjana dan pakar, pelajar-pelajar universiti dan penyelidik sebagai rujukan dan nilai tambah ilmu dalam kajian maritim daripada sudut pandang politik dan keselamatan maritim semasa.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI