Struktur Galang Plat Keluli
Author: Mohd Reza Azmi & Mohd Yazmil Md. Yatim
Publisher: Penerbit UKM
ISBN: 9789672519980
Weight: 0.378
Pages: 256pp
Year: 2022
Price: RM40
Kejuruteraan Awam adalah bidang kejuruteraan yang merangkumi aspek-aspek reka bentuk dan pembinaan bangunan, jambatan, jalan raya dan sebagainya. Dalam amalan pembinaan moden masa kini, terdapat pelbagai cabaran dalam proses reka bentuk dan pembinaan untuk merealisasikan impian arkitek dan klien. Sebagai contoh, dalam proses reka bentuk sesebuah bangunan seseorang jurutera awam sering menghadapi kekangan dalam proses mereka bentuk disebabkan oleh jarak antara tiang ke tiang yang terlalu jauh dan ketinggian antara satu tingkat ke tingkat yang agak tinggi. Oleh yang demikian, penggunaan struktur galang plat merupakan suatu penyelesaian yang terbaik disebabkan kelebihannya seperti berupaya untuk merintangi beban yang sangat tinggi pada rentang yang panjang di samping membolehkan saluran perkhidmatan seperti saluran air, saluran penghawa dingin dan saluran elektrik merentasi bahagian web galang plat. Buku ini akan menerangkan kaedah reka bentuk struktur galang plat yang optimum dengan memperkenalkan penggunaan plat-plat pengukuh condong untuk meningkatkan prestasinya untuk merintangi beban yang tinggi pada rentang yang sangat panjang.