Student Union: Gerakan Baharu Gerakan Mahasiswa
Author: Zulkifli Hasan, Muhammad Amin Mubarak, Wan harith Iskandar Wan Roslan & Idayu Mumtaz Iskandar
Publisher: ILHAM Press
ISBN : 9789672007388
Weight:
Year: 2020
Page: 172pp
Price : RM35
Bagi para aktivis mahasiswa, autonomi bagi mahasiswa adalah sesuatu yang diidam-idamkan. UIAM mengorak langkah dengan menubuhkan Kesatuan Pelajar (Student Union) bagi mengisi kelompongan yang lama ditinggalkan setelah kewujudan AUKU. Buku ini juga memaparkan proses penubuhan Kesatuan Pelajar UIAM dari tiada apa sehingga dirasmikan pada 23 Oktober 2019. Perjalanan gerakan mahasiswa di Malaysia membuka lembaran baru dengan penubuhan Kesatuan Pelajar UIAM, dan akhirnya akan membawa catatan baru dalam sejarah pembangunan mahasiswa di Malaysia. Bagi penggerak mahasiswa, pihak pentadbir dan para pengkaji, buku ini adalah buku rujukan khusus untuk anda memahami proses, peranan dan fungsi Kesatuan Mahasiswa.
-------------
"Buku yang ditatap oleh para pembaca juga merupakan satu manual untuk membicarakan dengan lebih lanjut mengenai hakikat sebenar Kesatuan Pelajar dan bezanya dengan sistem Majlis Perwakilan Pelajar sebelum ini. Hakikatnya, kewujudan Kesatuan Pelajar di universiti-universiti memerlukan kepada perubahan holistik di seluruh ekosistem institusi pengajian tinggi di seluruh negara dan juga perubahan menyeluruh minda dan persepsi siswa, para pensyarah dan pentadbir universiti."
Dr Maszlee Malik,