​Suami Isteri Naik Haji: Kembara Raja Shahabuddin dan Rahmah 1939 - 1940

RM70.00
9789675719462
3 item(s)
+

Suami Isteri Naik Haji: Kembara Raja Shahabuddin dan Rahmah 1939 - 1940

Author: Abdur-Razzaq Lubis
Publisher: Areca Books
ISBN: 9789675719462
Weight: 0.600
Pages: 336pp
Year: 2023
Price: RM70.00

Raja Shahabuddin dan isterinya Rahmah naik haji dari Malaya pada 1939–1940. ‘Peperangan Besar Eropah’ baru sahaja meledak di dunia atas angin sembari ‘U-boats’ (kapal selam Jerman) menjadi jerung yang bermaharajalela di lautan lepas. Pasangan suami isteri tersebut bertarung nyawa meredah samudera dan sekujur tanah gurun untuk mencukupkan rukun Islam yang kelima, biarpun syarak mengizinkan keuzuran mengambil kira laluan yang tidak aman dan membahayakan jiwa raga.

Raja Haji Shahabuddin bin Raja Bilah (1884–1968) menjadi saksi mata kebrengsekan nasionalisme Arab, kewujudan ‘pasar budak’memperdagangkan gadis perawan dan kanak-kanak di Mekah, serta kerakusan puak Wahabbi meranapkan kubah-kubah kaum kerabat Rasulullah, selawat dan salam ke atasnya, di kota-kota kudus umat Islam.

Karya Raja Shahabuddin yang ditinta dalam aksara Jawi dan dicetak pada 1941 sebelum pendudukan Nippon (hanya satu naskhah sahaja yang dapat dikesan) merupakan kesinambungan mata rantai dan rekod zaman pengerjaan haji pada abad ke-20, mengisi lompang (lacuna) rihlah dari Tanah Semenanjung ke Tanah Haji Hijaz al-Jazirah Arab. Kisah ini adalah satu-satunya babad haji yang ‘gender sensitive’, justeru ia menawarkan wacana tentang gerak-geri isterinya Rahmah sepanjang pertualangan mereka.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI