​Suara Orang Buangan: Renungan-Renungan Tentang Islam

List price: RM40.00
RM35.00
You save: RM5.00 (13%)
Save 13%
9789833912155
Out of stock

Suara Orang Buangan: Renungan-Renungan Tentang Islam

Author: Nasr Hamid Abu Zaid

Publisher: Institut Kajian Dasar

ISBN: 9789833912155

Weight:

Pages: 348

Year: 2009

Price : RM35

Nasr Hamid Abu Zaid telah dipaksa meninggalkan Universiti Kaherah kerana dianggap tersesat. Jenayahnya? Nasr menyebut dalam tulisannya bahawa sejarah dan budaya harus diambil kira dalam mentafsirkan Quran. Selain itu, Nasr juga menghujahkan bahawa dalam pentafsiran Quran, ayat-ayat kitab suci in harus difahami secara tamsilan (metafora) dan bukan secara kaku dan hurufiah.

Pada Jun 1995, Mahkamah Rayuan Kaherah menjatuhkan hukum "bahawa tulisan-tulisan Abu Zaid di dalamnya, dan dengan sendirinya, membuktikan beliau sebagai murtad." Golongan Islamis mengancam nyawanya. Dia tidak lagi dapat mengajar. Para pengawal, lengkap dengan machine gun, berkawal sekeliling rumahnya. Para peguam Islamis cuba memisahkan Nasr dari isterinya, Dr. Ebtehal Younes, juga seorang profesor di Universiti Kaherah, bersandarkan alasan bahawa seorang wanita Muslim tidak boleh berkahwin dengan non-Muslim. Nasr, justeru telah diisytiharkan sebagai murtad, tidak lagi boleh dikira sebagai seorang Muslim. Urutan dari itu, kedua-dua mereka lari ke Belanda, dan sejak itu Nasr mengajar bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Leiden.

Dengan terbitnya buku ini, dunia berpeluang mendengar cerita dari yang empunya badan, Nasr Hamid, yang telah terlibat dalam salah satu kontroversi paling ribut di abad ke-20. Selain penjelasan tentang kontroversi berkenaan, menerusi buku ini Nasr juga mencatatkan renungannya tentang Islam yang digeluti dan dialaminya sejak kecil.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI