Sukma Angin
Author: Sasterawan Negara Arena Wati
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789836257031
Weight: 300g
Pages: 446
Year: 2021
Price : RM42.00
Sukma Angin bukan sekadar riwayat sebuah kapal. Ia merakamkan keagungan bangsa Melayu dalam ritual, ilmu serta seni pertukangan, pelayaran dan perniagaan maritim.
Sasterawan Negara Arena Wati dalam novel ini mengimbas keagungan lampau itu dalam hubungan Sukma Angin sebagai "kapal dagang Melayu tradisional yang terakhir". Oleh itu, novel ini meninggalkan kesan nostalgia, juga rasa benci terhadap penjajah yang berhasrat untuk melumpuhkan penguasaan maritim bangsa Melayu rantau ini.
Dunia protagonis novel ini ialah dunia Melayu dan Eropah, watak yang mengerti akan agama dan budayanya, serta prihatin terhadap perjuangan kemerdekaan yang dijalin dengan begitu terperinci, indah lagi dramatik.
Cakupan pemikirannya amat memikat, sehinggakan apabila protagonis saudera bernama Sukma Angin berganding dengan pelaut telah berhasil mengapungkan suatu renungan seni dan intelektual tentang budaya, sejarah dan falsafah yang segar.
Dalam kesusasteraan Melayu moden belum ada pengarang yang boleh menandingi Arena Wati dalam menggambarkan dan menghidangkan dunia pelaut sebagai cereka. Kearifan pengarang mengeksplotasi ilmu maritim ke dalam cereka menjadikan novel ini menarik dan wajar dibaca serta dihayati oleh pembaca daripada pelbagai latar belakang kehidupan.