Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu) Cerakinan Sejarah, Budaya dan Bahasa

RM33.00
978-983-861-367-5
Out of stock
Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu) Cerakinan Sejarah, Budaya dan Bahasa

Editor: Abdul Rahman Haji Ismail & Haron Daud

Publisher: USM Press

ISBN: 978-983-861-367-5

Pages:

Year:

Weight:

Price: RM33

Demikian bunyinya titah yang maha mulia itu: “Bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada hari pertuturan segala raja-raja Melayu dengan isti’adatnya supaya didengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya”.... Maka fakir karanglah hikayat ini... dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala, supaya akan menyukakan duli hadrat baginda, maka fakir namainya hikayat ini Sulalat-us-Salatin, yakni Petuturan Segala Raja-Raja.

Buku ini menghimpunkan beberapa dapatan baru sekumpulan sarjana Universiti Sains Malaysia tentang sejarah, pensejarahan, pemikiran, dan budaya serta bahasa berasaskan Sulalat-us-Salatin, sebuah warisan agung kesusasteraan tawarikh Melayu yang sejak awal kurun ke-19 lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu. Antara lain, dengan butiran baru, buku ini menyingkap rahsia di sebalik nama Sulalat-us-Salatin dan Sejarah Melayu serta menyorot kembali detik-detik akhir kerajaan Melayu Melaka, kisah-kisah di sebalik keagungan dan kejatuhannya, serta kegigihan Sultan Mahmud Syah dan rakyat jelata Melayu berjuang menghadapi Portugis dan berusaha untuk mengalahkan Portugis di Melaka.

Buku ini perlu ditelaah para penyelidik, guru, pelajar institusi pengajian tinggi, pentadbir, ahli politik, peminat budaya dan bahasa Melayu, dan sesiapa sahaja yang berhasrat mendalami sejarah dan warisan bangsa Malaysia.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI