Sulalatus Salatin: Mahakarya Melayu Sarwajagat

RM68.00
9789834941246
2 item(s)
+

Sulalatus Salatin: Mahakarya Melayu Sarwajagat

Editor: Jelani Harun
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834941246
Weight: 
Pages: 582
Year: 2023
Price: RM68

Sulalatus Salatin: Mahakarya Melayu Sarwajagat mempertemukan beberapa orang sarjana yang banyak melakukan penelitian mendalam terhadap Sulalatus Salatin dengan mengemukakan pandangan-pandangan baharu tentang pengarang, tarikh, variasi naskhah dan peristiwa-peristiwa yang terkandung di dalamnya, khusus dari sudut sejarah, sastera, bahasa dan budaya. Sulalatus Salatin ialah sebuah karya agung yang paling hebat yang pernah wujud dalam sejarah persuratan dan peradaban Melayu, malah diangkat sebagai sebuah karya ulung yang tiada bandingannya. Walaupun telah banyak perbincangan dibuat terhadap karya tersebut, para sarjana masih terus memberikan perhatian yang tinggi terhadapnya sebagai menandakan kekuatan dan keistimewaannya. Pandangan-pandangan yang baharu sentiasa muncul untuk mempersoalkan ketepatan pandangan-pandangan yang lalu, sekali gus menggerakkan minda pembaca agar berfikiran dengan lebih terbuka dan kritis terhadap karya agung tersebut.

Naskhah Sulalatus Salatin telah diwartakan sebagai Memory of the World Register oleh UNESCO pada September 2001, dikarang kira-kira 400 tahun dahulu oleh Tun Seri Lanang atau nama sebenarnya Tun Muhammad yang ketika itu menjawat jawatan Bendahara Paduka Raja merupakan seorang pengarang Melayu yang sangat genius. Tempoh masa 400 tahun dikira bermula dari tahun 1612, merupakan tarikh Tun Seri Lanang mengarang atau menyusun semula Sulalatus Salatin di Batu Sawar, Kota Tinggi, Johor. Sulalatus Salatin membentangkan sebuah sejarah permulaan, keagungan dan kejatuhan Negeri Melaka yang masih menjadi ingatan bangsa Melayu hingga hari ini. Terdapat sebab-sebab tersurat dan tersirat kenapa sebuah kerajaan yang besar dan gemilang boleh musnah dengan meninggalkan pelbagai kisah suka dan duka untuk diingati oleh masyarakat Melayu pada abad ke-21 ini. Karya ini meninggalkan kesan pemikiran dan kebudayaan yang luar biasa dalam tamadun dan tradisi bangsa Melayu. Ia mewakili fikiran dan pengalaman kolektif bangsa Melayu yang dapat dilihat melalui sistem kepercayaan, falsafah hidup tradisi/konsep imu, adat, bahasa, seni dan pekerti budaya dan sosial yang membentuk citra dan dentin ketamadunan bangsa Melayu.



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI