Sultan Hisamuddin ‘Alam Shah al-Haj: Payung Kema‘muran Negeri Selangor

RM175.00
978-967-17997-5-8
5 item(s)
+

Sultan Hisamuddin ‘Alam Shah al-Haj: Payung Kema‘muran Negeri Selangor

Author: Muhammad Adha Abd Jalil
Publisher: Astaka Merchu Alam & Akademi Jawi Malaysia
ISBN: 978-967-17997-5-8
Weight: 0.45 kg
Pages: 345 m/s
Year: 2023
Price: RM175

Sultan Hisamuddin ‘Alam Shah dimashhurkan sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor serta Jajahan Ta‘luqnya yang keenam dengan segala kebesaran dan kemuliaan ‘Adat Isti‘adat Raja Sedawlat. Maka gelaran yang diberikan kepada batang tubuh baginda apabila menaiki takhta singgahsana kerajaan Negeri Selangor menggantikan Paduka Ayahanda baginda pada 4 April 1938 adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hisamuddin ‘Alam Shah ibni al-Marhum Sultan ‘Ala’uddin Suleiman Shah. Adapun penambahan gelaran baginda iaitu “Hisamuddin” (حسام الدين) membawa erti “Pedang Agama” di sisi nama Islam.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk, sebuah sistem berkerajaan Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan telah diwujudkan. Dalam sistem berpersekutuan tersebut, baginda telah dipilih sebagai Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu pertama pada 3 Ogos 1957, dan kemudian menjawat jawatan sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dalam sejarah institusi Yang di-Pertuan Agong pada 4 April 1960, seterusnya dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu kedua setelah kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ‘Abdul Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 April 1960. Kemudian pada 14 April 1960, baginda dipilih dan kemudiannya mengangkat sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu kedua. 
Baginda telah mangkat pada 1 September 1960 iaitu tarikh yang sepatutnya baginda hendak ditabal sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI