Sumber Undang-undang Islam Dan Pandangan Orientalis
Author: Abdul Halim El-Muhammady
Publisher: Aras Mega
ISBN: 9789672152026
Weight:
Pages: 122pp
Year: 2022
Price: RM22
Naskah ini membincangkan pelbagai aspek yang berhubung dengan sumber undang-undang Islam, baik yang berasal daripada Al-Quran dan As-Sunnah mahupun Ijma' dan Qiyas. Perbincangan juga mencakupi bidang istihsan, istislah, taqliq, istifa' dan ikhtilaf al-Fuqaha. Buku ini jugamembincangkan kaedah-kaedah fiqh, pandangan orientalis, dan tanggapan mereka terhadap beberapa sumber dan doktrin syariah sepeti al-Quran dan as-sunnah, di samping huraian tentang ikhtilaf serta hubungan undnag-undnag Islam dengan undang-undang Roman. Buku ini merupakan sumbangan kepada khazanah fiqh dalam menyingkap kembali dengan lebih jelas mengenai sumber undang-undang Islam dan hal-hal yang berhubung dengannya. Tidak syak lagi, buku ini dapat membantu pembaca yang berminat untuk memahami sumber-sumber perundangan Islam, sama ada daripada golongan akademik dan lain-lain.