Surat-Surat Perempuan Johor

RM32.00
9786297561493
3 item(s)
+

Ungku Nur, wanita Johor moden yang hidupnya tersisih daripada perhatian ayahnya dek perceraian dan tohmahan yang dilempar oleh bekas suaminya. Tanpa peluang untuk membela diri, Ungku Nur mengasingkan diri ke Turki bagi mengejar cita-cita yang sudah lama mendiami hati. Di sebalik kesedihan itu, dia diberikan warkah-warkah lama, tulisan moyangnya dari abad silam Ungku Hamidah, seorang puteri bangsawan yang bertarung dengan nasibnya sendiri demi mendapatkan cinta yang tidak direstui.

Dua hati, dua perjuangan, dua kisah yang terulang dalam lingkaran sejarah. Namun, di sebalik air mata dan kehilangan, ada satu persamaan yang jauh lebih mendalam – keazaman untuk memartabatkan Islam yang sebenar dan melawan penjajahan yang semakin berakar dalam sistem pemerintahan Melayu.

Dengan bahasa yang puitis dan mendalam, Faisal Tehrani menyingkap kisah wanita-wanita yang bukan sekadar menjadi mangsa zaman, tetapi bangkit sebagai pencorak takdir. Surat-Surat Perempuan Johor bukan sekadar novel, tetapi sebuah perjalanan menyelami hati yang terluka, mencari kekuatan dalam kehilangan dan menemukan cahaya di sebalik derita.

Author: Faisal Tehrani
Publisher : Jejak Tarbiah
ISBN: 9786297561493
Weight:  kg
Page:   m/s
Year: 
Price: RM32.00

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama

JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI