Syura & Demokrasi Dari Perspektif Maqasid al-Shari'ah
Penulis: Sheikh Dr Ahmad Al Raisuni
Penterjemah: Ustaz Rosli Mokhtar
Penerbit: Institut Darul Ehsan
ISBN: 9789672066163
Medan ilmu Islam moden telah menyaksikan kehadiran ratusan karya penulisan yang pelbagai bentuk mengulas isu syura. Apakah penulisan ini telah tepu? Masih adakah sesuatu yang baharu untuk dikatakan dan ditambah?
Buku ini secara umumnya bertujuan memperjuangkan isu syura daripada segi ilmiah dan praktisnya. Demi mencapai kedudukannya itu, buku ini cuba untuk memberikan sumbangan yang bermakna di samping penulisan terdahulu tentang syura, khususnya apabila dibandingkan dengan penulisan moden. Buku ini juga memfokuskan kepada menjelaskan dan membetulkan beberapa isu cabang yang berfungsi melangkapkan binaan syura dan gagasannya. Isu-isu cabang itu ada yang menyentuh secara langsung dengan syura dan ada yang berkaitan dengan kepentingan dan peranan syura dalam sistem pemerintahan Islam.
Dari sudut praktis, penulisan ini bertujuan memperkasakannya sehingga mampu menjadi garis panduan dan parameter syura dalam menjadikannya penggerak kepada kebangkitan ummah dan kegemilangannya.