Tabiat Kediktatoran dan Keruduman Perhambaan

RM45.00
9789671558935
12 item(s)
+

Tabiat Kediktatoran dan Keruduman Perhambaan

Author: Shaykh Abdul Rahman al-Kawakibi

Translator: Marwan Bukhari A Hamid

Publisher: Maqasid Institute Malaysia

ISBN: 9789671558935

Pages: 236 pp

Year: 2019

"Walaupun buku al-Kawakibi ini ditulis lebih daripada satu kurun yang lalu, namun isu-isu yang dibahaskan olehnya tetap masih relevan kepada zaman sekarang. Kesegaran kupasan buku ini terpelihara hingga ke hari ini kerana isu utama yang dibicarakannya, iaitu isu kediktatoran, adalah isu yang perenial dan berkekalan dalam kehidupan politik manusia dalam ertikata bahawa ia sentiasa dihadapi oleh sebahagian besar daripada umat manusia. Pada setiap masa akan terdapat negara atau masyarakat yang terpaksa bergelut dengan isu kediktatoran dalam pemerintahan. Dengan kata lain, muka bumi ini tidak pernah sunyi daripada masalah kediktatoran. Bagi mereka yang mahu belajar daripada sejarah, buku Tabiat Kediktatoran dan Keruduman Perhambaan ini adalah sebuah tulisan yang berguna untuk membantu kita memahami kediktatoran sebagai suatu kecenderungan manusia dalam bermasyarakat dan berpolitik dan juga memahaminya sebagai fenomena sosial yang boleh dan malahan patut dicegah daripada berlaku kerana ia boleh mengakibatkan kehancuran masyarakat." - Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar, Penyandang Kursi Pemikiran Islam al-Ghazali & Shaykh al-Kuliyyah, ISTAC-IIUM

Mengenai Penulis

Abdul Rahman al-Kawakibi (1854-1902) merupakan salah seorang tokoh intelektual dan pemikir Muslim terkemuka. Beliau juga merupakan salah seorang pendokong utama gerakan Islah pada abad yang ke-19. Beliau turut dikenali sebagai ‘al-Sayyid al-Furati’ dan ‘Pengembara Kaf’. Selain memberi perhatian yang besar dan luas terhadap dunia keilmuan, beliau juga seorang pengembara serta berpengalaman luas memegang pelbagai jawatan penting pada zamannya serta memainkan peranan sebagai intelektual awam dalam mereformasi pemikiran masyarakat Muslim. Gabungan intelektualisme dan aktivisme cukup mempengaruhi hasil intelektualnya sebagaimana terpampang dalam dua karya agungnya iaitu Umm al-Qura dan Tabai’ al-Istibdad.

Kandungan Buku

  • Kata Pengantar oleh Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar
  • Prakata oleh Marwan Bukhari A Hamid
  • Prakata oleh Shaykh Abdul Rahman al-Kawakibi
  • Mukadimah
  • Apa Itu Kediktatoran?
  • Kediktatoran dan Agama
  • Kediktatoran dan Ilmu
  • Kediktatoran dan Kemuliaan
  • Kediktatoran dan Harta Benda
  • Kediktatoran dan Akhlak
  • Kediktatoran dan Pendidikan
  • Kediktatoran dan Kemajuan
  • Kediktatoran dan Cara Meloloskan Diri Daripadanya
  • Ringkasan Kajian
  • Natijah Kajian
  • Pasca Wacana oleh Dr Mohamed El-Moctar El-Shiqiti



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI