Tabi'un: Yang Merunut Jejak

RM30.00
9789670526898
10 item(s)
+

Tabi'un: Yang Merunut Jejak

Author: Hotan Kheyrandish
Publisher: Biblio Press
ISBN: 9789670526898
Weight: 0.2kg
Pages: 160pp
Year: 2024
Price: RM30

"Tabi'un: Yang Merunut Jejak" merupakan sebuah karya yang membawa kita mengenal dengan lebih dekat generasi kedua terbaik yang berpeluang bertemu dengan Para Sahabat, dikenali sebagai generasi Tabi'un.

Dalam buku luar biasa ini, Hotan Kheyrandish menyajikan kepada para pembaca sebuah himpunan kisah-kisah benar tentang 15 orang Tabi'un yang penuh inspirasi, diambil rujuk dari sumber-sumber sahih. Setiap halamannya akan menghidupkan kembali masa lalu Islam yang gemilang di dalam akal fikir, di mana keikhlasan, ketakwaan, dan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya terpancar melalui setiap tindakan dan keputusan mereka.

Buku ini bukan hanya akan mengupas amalan ibadah dan keperibadian mulia para Tabi'un, tetapi juga menyentuh tentang bagaimana mereka berinteraksi dengan masyarakat, menyelesaikan permasalahan dengan bijak, dan menjalani kehidupan dengan kesederhanaan yang penuh berkat.

Dengan bahasa yang mudah difahami dan penyusunan cerita yang menarik, terjemahan ini diharapkan dapat mencapai atma para pembaca, mendorong kita untuk lebih mengenali dan mencintai generasi Tabi'un. Ia adalah sebuah jemputan untuk merenung, memperbaiki diri, dan meneguhkan iman. Semoga dengan membaca buku ini, kita dapat menghidupkan semula semangat dan amalan Tabi'un dalam kehidupan kita, serta mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI