Tafsir Mawdu’i Sungai
Author: Zulkifli Mohd Yusoff & Zaini Ujang
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
ISBN: 9789672422501
Weight:
Pages: 245pp
Year: 2023
Price: RM175
Buku ini dirangka dan ditulis kerana menyedari betapa banyak ayat al-Qur'än dan hadith Nabi Muhammad & menyebut tentang sumber air, terutamanya sungai. Namun demikian, jarang dibicarakan tentang sungai daripada perspektif al-Qur'än dan hadith dalam menangani perkembangan masyarakat, melentur aktivisme alam sekitar atau mencorakkan majlis ilmu di serata dunia.
Tafsir mawdu'i atau bertema adalah kaedah penulisan yang cuba mengumpulkan ayat-ayat al-Qur'an dalam tema yang sama untuk dikaji, kemudian difahami supaya mudah dihayati dan dilaksanakan sepanjang hayat. Dalam sejarah perkembangan ilmu tafsir al-Qur'ãn, pemahaman dalam tema-tema utama - khususnya berkaitan dengan hal ehwal perundangan dan aspek kehidupan lain memudahkan proses rujukan, pengajaran dan penghayatan. Ini melibatkan kepakaran disiplin ilmu pengajian al-Qur'an dan disiplin ilmu sesuatu tema yang dibicarakan. Ini sesuai dengan pengertian mawdu'i yang bermaksud masalah pokok atau isi pembicaraan yang berkaitan dengan aspek-aspek kehidupan manusia, khususnya yang relevan dengan suasana semasa yang terkandung dalam al-Qur'än.
Itulah yang mendorong kami berusaha untuk mengkaji hampir semua kitab tafsir utama yang ada di pasaran, bukan sahaja tafsir muktabar malah termasuklah tafsir terbaharu dalam bahasa Inggeris dan Melayu (dan Indonesia) untuk mencari "kerangka dan ajaran berkaitan sungai" dalam al-Qur'an. Ternyata, tidak banyak bahan tafsir yang boleh dikumpulkan dari perspektif ilmu yang pelbagai.
Biasanya istilah atau perumpamaan sungai ditafsirkan dalam konteks tema-tema besar lain, seperti sifat Alläh Yang Maha Berkuasa yang menciptakan alam sejagat, anugerah Allah kepada manusia, gesaan supaya berfikir tentang ciptaan alam, supaya sejarah para nabi dan balasan serta nikmat di syurga. Ada juga pentafsiran menjurus kepada perbahasan istilah, bahasa dan huraian hadis yang berkaitan dengan sebab musabab penurunan sesuatu ayat berkaitan sungai.
Al-hamdu li'Llah, kami memulakan penulisan Tafsir Mawdu’i Sungai menggunakan pendekatan peristilahan dengan mencari ayat-ayat al-Qur'än yang berkaitan sungai, kemudian dibahagikan mengikut dua maudu' yang khusus: (a) sungai di dunia (15 ayat) dan (b) sungai di akhirat (41 ayat berkaitan sungai di dalam syurga). Al-Kawthar juga dibincangkan menurut pelbagai perspektif dalam kalangan ahli tafsir muktabar dan semasa vang hampir sepakat bahawa Al-Kawthar adalah sungai yang merupakan salah satu anugerah istimewa kepada Nabi Muhammad & di akhirat kelak.