Tafsir Surah Al-Muzzammil: Kompilasi Tafsir-Tafsir Pilihan

RM25.00
9789672158080​
Out of stock

Tafsir Surah Al-Muzzammil: Kompilasi Tafsir-Tafsir Pilihan

Author: Mohd Khairul Anwar Ismail

Publisher: ABIM Press

ISBN: 9789672158080

Year: 2019

Weight: 0.239kg

Pages: 146pp

Price: RM25

Buku ini, adalah merupakan himpunan tafsīr-tafsīr terpilih Sūrah al-Muzzammil. Tafsīr yang dipilih yang dikumpulkan dalam buku ini adalah Tafsīr al-Azhar, Tafsīr Fī Ẓilāl al-Qur’ān, Tafsīr al-Munīr, dan Tafsīr al-Marāghī. Tafsīr Fī Ẓilāl al-Qur’ān dikarang oleh Sayyid Quṭb (1906-1966), Tafsīr al-Munīr juga dikarang oleh Shaykh Dr.Wahbah al-Zuḥaylī (1932-2015), Tafsīr al-Marāghī dikarang oleh Shaykh Aḥmad Muṣṭafā al-Marāghī (1881-1945), manakala Tafsīr al-Azhar dikarang oleh ulama Nusantara yang amat dikenali ramai iaitu, Prof. Dr. Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah, yang lebih dikenali sebagai Prof. Dr. Hamka, ataupun Pak Hamka. Kompilasi ini penting untuk melihat sisi spiritual Sūrah al-Muzzammil sebagai wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabī kita Muḥammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, selepas Sūrah al-‘Alaq, dan boleh menjadi panduan dan motivasi kepada para pembaca sekalian sebagai persiapan menjadi generasi terbaik seperti mana para sahabat yang telah dipersiapkan oleh Rasūlullāh melalui panduan wahyu.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI