Takfir: Jurnal Pemikiran Kritis Keagamaan dan Transformasi sosial. Edisi 2, No.2

RM15.00
20 item(s)
+

Takfir: Jurnal Pemikiran Kritis Keagamaan dan Transformasi sosial. Edisi 2, No.2

Author: 
Publisher: The Reading Group
ISBN: 
Weight: 
Pages: 179pp
Year: 2011
Price: RM15


Sejumlah artikel telah kami sediakan di dalam edisi ke-2 jurnal Tafkir kali ini. Sebahagian besar dari artikel-artikel ini merupakan upaya para pengkaji, sarjana dan penulis muda yang cuba berinteraksi dan bergumul dengan persoalan-persoalan baru yang mungkin masih di dalam “wilayah  yang tak terfikirkan” (dairah al la mufakkar fihi) secara umum di dalam masyarakat Islam. Persoalan gender, perundangan Islam di negara sekular, multikulturalisme, gerakan politik pasca-Islamisme, praktik filantrofi Islam, teologi alam sekitar, bioetika dan hubungan antara agama merupakan antara isu yang dibincangkan. Kami berharap tema-tema ini mendapat tempat di dalam wilayah pemikiran keislaman yang terkedepan dan membumi di dalam konteks masyarakat moden.

 
Sejajar dengan semangat berwacana, artikel-artikel yang tersedia di dalam jurnal ini tidak mengaku sebagai kata putus terhadap cara kita menanggapi isu-isu yang dibangkitkan. Kami pasti para pembaca juga akan mengambil posisi kritis di dalam membahaskan persoalan-persoalan yang dibangkitkan secara jujur dan sistematik, seperti mana yang telah cuba dilakukan oleh para penulis artikel. Akhirul kalam, kami ingin mengutip semangat Imam al-Syafi’i (w. 820) yang menekankan semangat inklusif di dalam berwacana. Di dalam sebuah dialog dengan muridnya yang bernama Ibrahim al-Muzani (w. 878), beliau berkata: “Wahai Ibrahim, janganlah engkau mengikuti semua ucapanku, tetapi telitilah dan berfikirlah untuk dirimu sendiri / Ya Ibrahim, la tuqalliduni fi kulli ma aqulu wanzhur fi dzalika li nafsika.”
 
Inilah semangat bertafkir yang ingin kami tegaskan. Semoga bermanfaat!
 

Isi Kandungan

ARTIKEL UTAMA

Ulama dalam Masyarakat Melayu: Peranan dan Cabaran
Dr. Azhar Ibrahim Alwee

Tradisionalisme Agama dan Persoalan Wanita
dalam Masyarakat Moden Malaysia
Norshahril Saat

Visi Islam dalam Emansipasi Wanita: Isu dan Cabaran
Dr. Lily Zakiyah Munir (alm.)

AMLA s. 112 dan Hukum Faraid: Satu Penilaian Kritis
Khairulanwar Zaini

PERSPEKTIF

Akar-Akar Multikulturalisme dalam Islam
Pradana Boy ZTF

Revolusi Pasca-Islamisme
Marwan Bukhari

Filantrofi Islam dan Pembangunan Masyarakat Sivil:
Tumpuan Khusus Indonesia Kontemporari
Irfan Abubakar

Fikih Alam Sekitar:
Upaya Penegakan Hukum dan Jihad Membangun Peradaban Hijau
Achmad Ubaidillah

TOKOH

Abdulaziz Sachedina:
Membangun Teologi Moden Berlandaskan Etika Islam
Muhammad Fadli Mohammed Fawzi

Stereotaip, Diskriminasi dan Hubungan Antara Kaum dan Agama:
Budaya Dialog dalam Masyarakat Plural Singapura.
Wawancara bersama Farid Abdul Hamid

ULASAN BUKU

Syafiq Hasyim, 'Bebas dari Patriarkhisme Islam'
Norhayati Mohd Ali

Taha Jabir al-Alwani, 'Tiada Paksaan dalam Agama'
Mohamed Imran Mohamed Taib


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI