RM25.00
9786299505945
10 item(s)
+

Taksub

Author: Syeikh Muhammad Abduh & Sayyid Jamaluddin al-Afghani
Publisher: Lestari Hikmah 
ISBN: 9786299505945
Weight: 0.1kg 
Page: 68
Year: 2025
Price: RM25

Risalah kecil ini tampil dengan keberanian intelektual yang luar biasa. Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh, dua tokoh reformis abad ke-19, menampilkan sikap yang jujur dan kritikal terhadap makna sebenar taksub, wacana yang jarang difahami secara adil dan seimbang.

Melangkaui retorik moral yang dangkal, karya ini membincangkan dengan teliti wacana mengenai ketaksuban hingga ke akar falsafah kemanusiaan. Ia sekali gus meluruskan pemahaman tentang keseimbangan, yang selama ini sering disalahertikan dalam masyarakat kita, baik dalam beragama, perkauman mahupun politik. Sikap melampau yang lahir daripada kefahaman yang sempit ini menjadi antara penyumbang utama kepada kemunduran pemikiran, ketidakadilan dan keretakan hubungan kemanusiaan. Sedangkan Tuhan menuntut kita untuk bersikap adil dengan menyatukan manusia tanpa mengira bangsa atau warna kulit.

Berikutan hal ini, terjemahan klasik oleh Syeikh Abdullah Basmeih terhadap karya ini bukan sekadar warisan teks silam, tetapi sebuah peninggalan penting untuk generasi kini yang seringkali terperangkap antara semangat keagamaan dan godaan nasionalisme serta kekuasaan yang membutakan hati.

Demikian, risalah penting ini mengajak kita berfikir secara rasional, menimbang secara adil dan memaknai cinta terhadap kebenaran.

Risalah kemanusiaan terbitan Lestari Hikmah ini merupakan bacaan wajib bagi sesiapa yang mendambakan jiwa merdeka, bebas daripada pemikiran yang dikunci oleh slogan sempit dan emosi. Akhirnya, apabila manusia benar-benar tunduk kepada fitrah insani, segala bentuk taksub akan lenyap kerana semua manusia hakikatnya adalah sama dan setara di sisi Tuhan.

Syazreen Abdullah
Pengasas,
Pusat Pengajian Peringkat Tinggi Irfan (TRADISI)

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI