Taliban

RM38.00
9786299873211
9 item(s)
+

Taliban

Author: Mohd Darud Senawi Ali
Publisher: Dewan Pustaka Sarussofiah
ISBN: 9786299873211
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2024
Price: RM38

Segala-galanya bermula di Kandahar ini. Pada musim luruh tahun 1994M, sampai satu berita yang amat dahsyat ke telinga Mullah Muhammad Umar. Pada ketika itu beliau adalah sebagai guru kepada anak-anak yang tidak terkenal pun pada hari itu. Di antara berita yang tersebar di bandar Afghanistan yang dikongsi bersama di antara pimpinan-pimpinan militia yang berpecah dari saki baki kumpulan jihad, yang menentang Rusia dahulu, mengenai seorang ketua satu kumpulan militia dikenali sebagai panglima Soleh telah membawa lari dua orang gadis muda dan mencabuli kehormatan mereka. Tidak ada siapa pun yang menghalang kerja jenayah terkutuk itu, kerana kumpulan-kumpulan militia ini bermaharajalela dalam negeri.

Perasaan cemburu membara di dalam dada Mullah Umar, beliau mengumpul seramai 30 orang (rijal) lelaki dengan 15 laras senapang bergerak ke lokasi jenayah, dibebaskannya dua orang gadis tersebut, dibunuhnya ketua militia yang nakal dan digantung mayatnya di laras meriam bangkai kereta kebal Rusia yang tersadai di bandar itu. Selepas peristiwa ini, berlaku lagi satu peristiwa pergaduhan di antara dua kumpulan militia berebut seorang budak lelaki untuk tujuan seksual, menyebabkan gugurnya beberapa jiwa orang awam, natijah daripada pertempuran. Mullah Umar dan kumpulannya berjaya membebaskan budak lelaki yang menjadi punca pergaduhan dan membunuh pencabul-pencabulnya, atas desakan cemburu dan agama, bukan kerana mengambil upah, yang menjadi resam pada masa itu.

Terkait nama Taliban dalam media Barat dewasa ini, amalan menekan kaum wanita dan menyekat mereka di lapangan awam, tetapi sejarah tetap menyimpan rekod gemilangnya kerana berpihak kepada kaum wanita. Inilah detik permulaan sejarah Taliban yang menawan hati penduduk Kandahar, bandar yang dirobek-robek oleh militia dari perbagai kumpulan bekas mujahidin. Beberapa hari selepas peristiwa berkenaan, Mullah Umar bersama beberapa puluh orang tokoh agama berkumpul di Masjid Merah di Sangesar untük bermesyuarat, sidang hadirin bersetuju mengisytiharkan dengan rasmi kelahiran gerakan Taliban pada musim luruh 1994M.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI