Taman Laut Di Malaysia: Kualiti Persekitaran Dan Kelestarian Kehidupan

RM30.00
9789674125158
5 item(s)
+

Taman Laut Di Malaysia: Kualiti Persekitaran Dan Kelestarian Kehidupan

Author: Norlida Hanim Mohd Salleh, Redzuan Othman & Abdul Hamid Jaafar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674125158
Weight: 0.223 kg
Pages: 145pp
Year: 2017
Price: RM30

Kedudukan Malaysia yang berdekatan dengan garisan khatulistiwa memberikan banyak kelebihan terutama keadaan fauna dan flora yang memukau keindahan. Antranya yang tidak asing lagi bagi Malaysia ialah pulau-pulau serta khazanah alamnya. Menyedari keadaan pulau yang menarik dan berlaku sedikit gangguan kepada ekosistemnya akhirnya telah membawa kepada penggezetan sejumlah 42 buah pulau kepada kawasan Taman Laut. Sejumlah lima (5) pusat pengurusan taman laut telah diwujudkan untuk menjaga kelestarian hidupan marin ini. Dengan penggezetan pulau sebagai taman laut semua aktiviti termasuk perikanan adalah dilarang kecuali yang tidak menggugat kestabilan ekosistemnya. Ini bermakna jika dahulu aktiviti ekonomi masyarakat pulau adalah sebagai nelayan, kini aktiviti tersebut tidak lagi dibenarkan. Larangan ini telah membawa perubahan sosioekonomi masyarakat daripada nelayan kepada struktur baru khususnya dalam bidang pelancongan. Ini kerana dengan membangunnya pulau sebagai taman laut, aktiviti berkait dengan pelancongan dari semasa ke semasa kian dibangunkan. Dengan cara ini, kualiti persekitaran taman laut dapat dipertingkatkan dan kelestarian kehidupan komuniti dapat dikekalkan. Di sini, buku yang berjudul: Taman Laut di Malaysia – Kualiti Persekitaran dan Kelestarian Kehidupan ini jelas membincangkan taman laut pada peringkat antarabangsa dan di Malaysia serta masalah yang sering dihadapi khususnya yang berkait dengan kualiti marin. Aspek pelancongan dan kesan kepada komuniti turut diberikan perhatian. Ini kerana pembangunan pelancongan sememangnya telah dikenal pasti sebagai salah satu aktiviti yang berpontensi meningkatkan pendapatan komuniti dan menangani masalah kemiskinan. 


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI