Tarikh Sebenar Batu Bersurat Terengganu - Kulit Lembut
Penulis: Syed Muhammad Naquib al-Attas
Penerbit: CASIS & HAKIM
ISBN: 978-983-447-32-5
Tahun: 2015
Bil Muka surat: ix, 95
Kepentingan Batu Bersurat Terengganu bertitik-tolak dari kesahihan tarikh yang terpahat pada muka A. dan kesahihan tarikh itu telah ditetapkan sebagai sah dan terbukti pada 4 Rajab 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303 yang merupakan satu penemuan penting dan bersejarah oleh Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Beliau sekaligus menyangkal shak wasangka pakar-pakar Barat pengkaji awal Batu ini yang telah menebar jala keraguan ke atas tarikh terpahat itu. Dengan hujah-hujah berdasarkan kaedah penulisan khat, falak, budaya orang Islam dan pemikiran saintifik melalui pemerhatian 'ilmiah, beliau telah menghancurkan keraguan yang telah ditebarkan ke atas tarikh terpahat itu.