Tarikh Shaykh Jalal al-Din: Riwayat Sebuah Kembara Ilmu
Author: Haji Abdullah Bin Haji Ahmad
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
ISBN:
Weight:
Pages: 172pp
Year: 2022
Price: RM35
“Tārīkh Shaykh Jalal al-Dīn juga menjelaskan kepada kita sistem pengajian tradisional pada zaman tersebut yang diwarithi sehingga sekarang bentuknya serta silibusnya telah berhasil membentuk keperibadian serta ke‘ilmuan para penuntutnya. Perkara yang telah menjadi tajrībah (pengalaman) di dalam sistem pendidikan khususnya pendidikan agama ini sepatutnya diterapkan dan diteruskan di dalam sistem pengajian tinggi agama.”
–– al-Ustadh Mohd Nazrul Abd Nasir, kata pengantar Tarikh Shaykh Jalal Al-Din
Buku ini mempersembahkan pengembaraan bersejarah seorang ‘ilmuwan Melayu bernama Ḥāji ‘Abdu’Llah bin Ḥāji Aḥmad atau dikenali sebagai Shaykh Jalāl al-Dīn yang hidup pada awal abad ke-20.
Beliau memiliki semangat menuntut ‘ilmu yang tinggi dan bukan sahaja menerokai pelbagai cabang ‘ilmu agama, bahkan beliau juga pelbagai ‘ilmu dan kemahiran seperti kemahiran pembuatan sabun, ‘ilmu kimiya, ‘ilmu Bahasa Jawi dan ‘ilmu fotografi.
Qisah perjalanannya bermula dari negeri Johor, kemudian ke Fatani dan Kedah sehingga berjaya merentas lautan ke timur tengah, Mesir - semata-mata untuk menuntut ‘ilmu.
Menariknya, perjalanan ke‘ilmuan beliau sepanjang beberapa tahun diraqam dalam bentuk penceritaan dan juga sha‘ir yang indah.