Tasawuf Dan Penyucian Jiwa Dalam Islam
Author: Mohd Rumaizuddin Ghazali
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789674407650
Weight:
Pages: 195pp
Year: 2020
Price : RM40
Buku ini menampilkan tasawuf dan penyucian jiwa yang sesuai dengan perspektif al-Quran dan sunah serta pelbagai mazhab yang benar. Setiap Muslim sangat memerlukan elemen tersebut dan perlu memahaminya secara betul dan tepat. Matlamat utama tasawuf adalah untuk menyucikan jiwa daripada penyakit-penyakit hati yang jijik dan menyingkirkannya daripada hati. Tasawuf dan penyucian jiwa akan menjuruskan jiwa ke arah kecintaan terhadap Allah SWT dan menyuburkan ketakwaan kepada-Nya. Ilmu tasawuf dan penyucian jiwa perlu dipelajari oleh semua orang dan bukan bersifat eksklusif kerana setiap Muslim perlu menempuh perjalanan menuju kepada Allah. Ia merupakan ilmu untuk semua orang dan semua lapisan masyarakat