Tata Dunia: Pertarungan Kuasa Sepanjang Sejarah
Penerbit Asal : Penguin Books
Penulis : Henry Kissenger
Terjemahan daripada : World Order
Penterjemah : Al-Mustaqeem M. Radhi, Ammar Gazali
Terbitan : Inisiatif Buku Darul Ehsan
Tahun terbitan : 2018
Halaman : 396 muka surat
ISBN : 9789671648810
Harga : RM 40.00
Sinopsis
Buku ini ditulis berdasarkan kajian mendalam terhadap sejarah dan pengalaman Henry Kissinger sendiri sebagai penasihat dasar luar Presiden Amerika dan Setiausaha Negara AS. Dalam buku ini, pengarang menjelaskan empat sistem tata dunia yang pernah terbentuk dalam sejarah: sistem berasaskan Perjanjian Damai Westphalia abad ke-17, empayar China, empayar Islam, dan penyebaran idealisme demokrasi Amerika Syarikat. Buku ini juga menghidangkan perbincangan tentang masa depan AS-China, evolusi Kesatuan Eropah, konflik Timur Tengah dan dampaknya kepada dunia, respons Barat terhadap Arab Spring, serta peranan senjata nuklear dalam soal keamanan dunia.
Biodata Pengarang
Henry Kissinger adalah diplomat dan ahli sains politik Amerika. Dia pernah menjadi Setiausaha Negara AS dalam kerajaan Richard Nixon dan Gerald Ford serta penasihat dasar luar kepada banyak Presiden Amerika yang lain. Selain Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1973, dia juga telah menerima Presidential Medal of Freedom, Medal of Liberty dan banyak pingat lain. Kissinger telah mengarang beberapa buah buku tentang dasar luar negara dan diplomasi dan kini memimpin firma perunding antarabangsa Kissinger Associates, Inc.