​Tatkala Itu Ketika Aku Di UKM

RM40.00
9789674125295
1 item(s)
+

Tatkala Itu Ketika Aku Di UKM

Author/Editor: Shamsuddin Suhor

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674125295

Weight: 300g

Pages: 267

Year: 2018

Price: RM40


Buku Tatkala Itu Aku di UKM merupakan suatu himpunan ungkapan yang sebahagian besarnya adalah bicara kata, ucapan, kata-kata aluan, ceramah dan atau kuliah kursus yang disampaikan dalam sesuatu majlis tertentu sepanjang tempoh penulis berada di Universiti Kebangsaan Malaysia bermula sekitar tahun 1985. Semua ungkapan yang terdapat dalam buku ini adalah teks asal yang telah dibaca dan disampaikan dalam bentuk puisi di setiap majlis berkenaan. Setiap tajuk mempunyai ceritanya yang tersendiri mengikut susunan peristiwa yang berlaku seperti ucapan ketika Majlis Konvokesyen, di majlis peringkat Universiti, majlis di Peringkat Fakulti, majlis perasmian pesatuan pelajar, majlis persaraan atau pertukaran kakitangan. Bagitu juga dengan nama-nama individu yang disebut dalam buku ini adalah individu sebenar yang terlibat secara lansung atau tidak lansung. Selebihnya adalah ciptaan dan gubahan yang terhasil daripada pengalaman di sepanjang tempoh waktu ‘tatkala itu aku berada di UKM’. Pengalaman melibatkan tempoh jawatan sebagai pensyarah, penasihat persatuan, juri pertandingan, Timbalan Dekan dan Dekan Fakulti Undang-Undang UKM. Sama ada setiap penceritaan yang dipuisikan itu benar atau tidak adalah persoalan fakta semata-mata dan ianya harus diterima oleh pembaca sebagai satu seni hiburan santai moden yang terkeluar daripada ciri-ciri puisi tradisional seperti pantun, seloka, sajak, gurindam atau sebagainya.



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI