Ta'wid, Suyulah & Ibra' Dalam Sistem Kewangan Islam: Dialog Cendekiawan Syariah Antarabangsa
Editor: Mohd Zain Abd Rahman
Publisher: Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM)
ISBN: 9789670149455
Weight:
Year: 2014
Page: 445pp
Price : RM78
Buku ini adalah himpunan kertas kerja yang dibentangkan dalam Dialog Cendekiawan Syariah Antarabangsa anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai usaha untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan menggalakkan pemahaman yang lebih jitu dan saling menghormati terhadap tafsiran Syariah di dalam isu-isu utama yang dihadapi oleh industri kewangan Islam di seluruh dunia.
Fokus perbincangan buku ini tertumpu kepada isu Syariah berkaitan dengan kesan perbezaan pandangan dan fatwa dalam keputusan Syariah; prinsip ganti rugi dan denda (ta’wid) berbentuk harta terhadap penangguhan pembayaran hutang dalam Islam; kepentingan pengurusan kecairan (suyulah) di dalam kewangan Islam; dan prinsip ibra’ dalam sistem kewangan Islam.